Powered by Blogger.
RSS

sebelum travel

Assalamualaikum



hmmm ... krik krik  haii :)  seperti yang korang semua tahu, 15 disember sampai 6 januari, bermulalah cuti winterbreak aku muahahahahhaha. best kan best kan. seminggu lepas naik cuti, aku akan mengahapi final exam pada 17,23,25 januari zzzzzzzzzzzzz okay jangan cerita, takuuuuttttt . >.<

sebelum 15 hairbulan ialah 14 haribulan eh motif?. which is my 19th birthdayyy yeayyyy happy birthday to myself. lalala.

i got two cakes! ya Allah sampai dah tak larat dah nak makan.dari pagi sampai malam asyik makan coklat coklat coklat then makan kek kek kek. sugar rush!

sepatutnya khamis malam jumaat tu aku ada usrah dengan kak syikeenn, then guess apa dia buat? :') dia bawak satu beg besar punya. lepas buka majlis and baca quran, dia cakap 'sebenarnya kita tak ada usrah pun harini' then dia ambil beg dia. bukak zip and keluar belon gas, 'HAPPY BIRTHDAY YANA' aaaaaaaaaaaaaaaa serious aku tak expect apa apa langsung, ingatkan semua orang tak ingat hahahaha lagipun haritu khamis malam jumaat 13 haribulan! muehehehehe so sweet of kak syikeen. :)



terima kasih banyak banyak kak syikeen, tahu takkk kek coklat tu dia buat sendiri! :')
and malam tu ktorang buat sushi muehehehe. 
'disebabkan birthday girl suka makan sushi, so harini jom kita buat sushi'
serious, aku tak pernah dapat kakak senior sesweet and se loveley ini . tsk.
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.


lepas habis usrah, and kak syikeen pun dah balik, dalam pukul 11 lebih macam tu, barulah aku nak sambahyang isya' cerita diaaa hahaha kantoi melewatkan solat. lepastu aku sembahyang sunat sekali.topup sebab sembahyang lambat boleh tak macam tu-.-'

aku baru je nak bangun dari tikar sejadah and bukak telekung. sekali ada orang tutup lampu bilik aku and they sang happy birthday song . tsk tsk tsk. thank you lovely batchmates. tak sempat nak buat apa apa. terus ainn letak laptop atas meja aku, and mainkan video. 




lovely wishes from them ! wuuuuu so thank you. :') <3 <3
ni la first time aku dapat video birthday lol.
i will remember it for a life.
my 19th birthday was  just awesome, i should tell you.


 this is atul. aku dah kenalkan kat korang belum eh? kan aku kata aku baru lepas solat, muahahaha, pakai telekung , muka ustazahhh gilos.


 pic credit : ainn hazwany. nak ckp kat ainn terima kasih banyak banyak bersengkang mata buat video untuk aku. thankz ainn! they expecting me to cry, but i just can't :( tp aku sangat appreciate apa yg korang buat untuk aku tau! may Allah bless all of you. :)
ya Allah kek iceland tu sumpah sedap gila. kalah secret recipe, percaya cakap aku.



ahhh kantoi la seluar tido aku! hahaha.
eh anyway, aku ni 19 tahun ke 9 tahun? apsal muka aku budak sangat dalam gambar niiiiiiiii zzzzzzzzz
kau tengok hadiah yang aku dapat comles comels muehehe. frame. coklaatttssss ballons, and teddy bear. :)



and this one is just so cool. budak engeneering utp buat. thank you fahim. tak sangka kau buat camni.
just so brilliant idea. this is called 'welding' budak engine tahu kot?


Fresher's end of semester dinner

aku ada tak bagitahu korang yang budak lelaki batch aku 18 orang manakala perempuan 8 orang. 18 lelaki tu semua terdiri daripada course engineeering dan science aktuari, yang kitorang budak perempuan ni semua pure science physics, chemistry math and biology ohh except azie, sc aktuari and math.

disebabkan itu, kitorang sangatlah tak kenal satu sama lain, jumpa pun buat bodohh je, muahaha. dan tak berapa  bagus bila kita hidup kat negara orang yg Malaysian tak lah ramai. takkan batch sendiri tak kenal. -.- 
jadi, guys telah mengambil inisiatif untuk mengadakan dinner first year! supaya kita dapat kenal and tak lagi awkward. basically macam tu la motif dia hahaha. datang, ambil tempat, lepastu tanya 'nama siapa' . hahaha nampak tak dia punya tak kenal, memang start from scratch.





aku suka buat muka over. hish.


 terima kasih,batchmates for the happy birthday song. -.-



lepas makan makan makan, main game kat somewhere, aku pun tak tahu apa nama tempat tu haha.
game dia dah ler susah gila. ape tah nama game dia tak ingat. tapi orang depan kena berlakon dekat org belakang, then sambung sambung sambung sampai last sekali, orang last sekali kena teka apa yg org depan lakonkan tu. contoh bomba, so kau berlakon la jadi bomba. ha mcm tu.


berkenalan secara formal
'kenapa kisas tak macam kisas pun?' -danial zikri-
zzzzzzzzzzzzzzz



yes, atul again. di mana mana sahaja ada gambar aku dan atul.
kalau kumpul, memang penuh satu album.




pic over #2

sekian kisah 13 dan 14 disember saya. and and and untuk pengetahuan, harini 17 disember aku akan bertolak ke London,Manchester and Birmingham and Waddow hall dan akan balik Soton 23 haribulan. okay tak sabarnya nak jalan. sumpah duduk rumah dua hari macam ni pun dah mati kutu. jadi kawan kawan, doakan saya selamat pergi selamat balik, jangan enjoy sangat nana *ingatkan diri sendiri* fi amanillah insya Allah





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berkat

Assalamualaikum





-Imam Shafi'ei-
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang
Merantaulah, kau akan dapatkan pengganti dari kerabat dan kawan
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang.


Aku melihat air menjadi rosak kerana diam tertahan
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, kan keruh menggenang


Singa jika tak tinggalkan sarang tidak akan dapat mangsa
Anak panah jika tidak tinggalkan busur tak akan kena sasaran


Jika matahari di orbitnya tidak bergerak dan terus diam
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang


Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa
jika di dalam hutan





London,December 2, 2012

dulu, dulu punya dulu, aku tak pernah sangka pun aku akan sampai sini. (United Kingdom) masa zaman sekolah adalah berangan tu, berangan je lah mampu, belajar macam ngok ngek jugak kat KISAS tu, walaupun nama KISAS. sebab semua kawan kawan aku semua hebat hebat belaka. yang cakap nak belajar oversea, memang score gila gila punya SPM. bukan setakat SPM je, ujian bulanan, trial, sekecil kecil exam kat sekolah tu la semua skor. sampai dulu cikgu tanya siapa ada hajat nak belajar oversea? segan weh nak ngaku angkat tangan. pfft.

hmm. nak dijadikan cerita, lepas habis SPM, lepas dapat result, aku sambung belajar dekat matrik. takdela JPA A level ke IB ke AUSMAT TNB PETRONAS ACCA masa tu scholar2/program ni memang tengah hot la. kecoh gila siapa dapat ni siapa dapat tu. untung kan. tapi seriously, aku tak rasa sedih  or frust pun,( tapi sangat happy untuk kawan kawan aku)  masa tu aku fikir nak masuk matrik je, aku pun tak tahu kenapa. and aku tak la kisah sangat orang nak cakap matrik je? matrik susah kot. matrik macam sekolah. pack. and bla bla . in fact, memang betul la apa diorang ckp.

tapi masa tu tak fikir,fikir semangat nak masuk matrik sebab kakak aku dulu pun matrik, so macam dah faham sikit sikit macam mana toughnya life kat matrik tu dulu. 





Eye of London. 2 december 2012
eh apa kau ingat ni google image ke? 


 London Bridge with my batchmates


lepas tu dekat matrik, angan angan nak sambung belajar oversea tu hilang terus. derrr, budak matrik tak de yang fly weh. takde. 1 percent mungkin ada la. lepas tu aku pun meneruskan hari hari dekat matrik dengan kawan kawan aku, with happiness and joy. thanks kepada mereka mereka yang menggembirakan hari hari aku dekat matrik. ;') SMIK3P3, ekin, iqa, aina, ina, ijat, tiqah, prevena, ijat, nisa, hanna, roomate aku semua. semua lah. semua. 

lepas tu, dua minggu sebelum sambung belajar. ke? aku pun tak ingat. aku masuk hospital sebab masa hari raya kedua aku jatuh tangga, ligament aku koyak. maka terperap la aku kat hospital pakar johor tu seminggu. dan dan balik kl, kaki tak baik lagi dohh. aku dapat interview sambung belajar kat sini, dua hari lagi sebelum interview okay. tak prepare. masa tu macam tak semangat pun. tapi ibu and ayah.

memberi harapan yang sangat..... i can't really describe that. and ibu and ayah macam percaya yang aku dapat. boleh dapat. boleh.

aku sampai annoyed gila tahu tak. sebab aku rasa aku tak boleh buat. tapi aku tak mintak lebih pun, aku cuma doa semoga Allah makbulkan doa ibu ayah aku. apa pun aku terima je.


lepas tu sampai lah aku disini. bukan senang, bukan senang, bukan senang hidup kat negara orang! ahaha. tapi basically, aku happy alhamdulillah. cuma doakan aku 3 tahun aku belajar ni berjalan dengan lancar. berjaya dengan cemerlang.mana lah tau aku tersungkur di tengah jalan. nauzubillah. tak nak tak nak.


yup. aku belajar 3 tahun. setahun aku praktikal dekat London. ajar anak anak mat salleh :OOO balik jadi pensyarah dekat matrik. bonded dengan kerajaan 8 tahun! tolong letak aku dekat kolej matrikulasi selangor! pleaseeeeeee. wehehehe. nanti aku jumpa balik lecturer lecturer yang mengajar aku . peh awesome.



eh, nak rambut dalam cerita mr.bean tu la!



point aku kat sini sebenarnya.

lepas tu, dah lama dah aku fikir benda ni, fikir punya fikir, barulah aku sedar. tahu tak, semua ni sebab doa . doa ibu and ayah. doa cikgu cikgu. berkatnya doa ibu, berkatnya doa ayah. berkat doa cikgu cikgu.




can I make a call to Malaysia please? 


time kat sekolah dulu pun aku percaya and sedar, kejayaan semua ni atas keberkatan cikgu. selalu tak dengar, kau jangan melawan cikgu, tak berkat nanti. and banyak lagi. betul. itu semua berkat, berkat jaga adab dengan cikgu, berkat jaga ikhtilat, berkatnya bumi waqafan tu. if you know what i mean.

and sampai sini pun . aku percaya pada keberkatan, (aku tahu aku ni pemalas) walaupun lecturer tu semua non-yet-muslim, tapi aku tahu ada berkatnya. seriously, dalam sehari ada 12 jam, kelas sehari ada dua tiga. sejam dua jam. tak worth it langsung kalau ponteng.


usaha tu penting. tapi berkat pun penting jugak.
kita nak masuk syurga dengan rahmat Allah, bukan dengan amalan semata mata.






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS