Powered by Blogger.
RSS

Salam Maulidurrasul 1433

assalamualaikum.

"Pertama dan selama lamanya marilah kita merafa'kan kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dapat lagi kita bersama sama berkumpul pada hari ini. selawat dan salam atas junjungan baginda Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan jerih payah baginda,kita masih dapat merasai dua nikmat teragung,iaitu nikmat dan islam."




ayat ni mungkin sangat common dan rata rata budak kisas dah hadam dengan ayat "opening tazkirah" ni. tiap tiap hari aku dengar ayat ni kot. waktu perhimpunan,waktu cikgu tak masuk kelas,waktu tazkirah maghrib isyak,waktu tazkirah almulk dan macam macam lagi.alhamdulillah dapat hidup dalam biah ini :')
ah rindu gila.




okay,tiba tiba rasa nak upated blog.currently aku kat johor and tengah cuti sampai hari selasa.*bliss* (langsung tak pegang buku).well dah habes exam midsem kan. ^^




okay,mungkin ada antara kita yang antara sedar tak sedar yang kita akan sambut maulidurrasul esok.ya betul.ada.
aku?
mungkin.
alpa dek urusan duniawi. astaghfirullahalazim.


Nabi Muhammad berjuang untuk kita pada hari ini..adakah kita menghargai pengorbanan baginda SAW dengan meneruskan perjuangan dakwah baginda?adakah kita mengikuti sunnahnya dalam kehidupan seharian?


apa yang kita dah lakukan untuk islam?apa pengorbanan kita untuk agama tercinta sepanjang kita hidup?


Sultan Muhammad Al-fateh.
Beliau dah jadi khalifah pada umur 19 tahun.
19 tahun.


umur kita sekarang berapa?
tahu fikir nak kahwin,online 24 jam,tengok cerita korea sampai tak tidur malam,novel tak ingat dunia,game.hmmm.




ya.aku sedang bercakap di hadapan cermin.strike.
tepuk dada,tanya iman.
peringatan untuk semua,terutama untuk diri sendiri sebab tangan yang menaip lebih dekat dengan hati yang berkata kata.sama macam mulut yang bercakap, lebih dekat dengan telinga yang mendengar *in case ada orang yang loading.hehe*.









Sabda Nabi S.A.W “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” ( Hadis Riwayat At-Trimidzi )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS