Powered by Blogger.
RSS

5 Mei dan 20 soalan tentang KISAS.


assalamualaikum :)


Pernah dengar KISAS??atau KIK atau KIM?
nama penuh yang tertera di depan pintu pagar saat ini...
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH.
dulu,KOLEJ ISLAM KLANG.
dulu punya dulu punya dulu,KOLEJ ISLAM MALAYA.




ehh..ni bukan pintu pagar tau.agak agak la.


apa apa je la kan,ia tetap kolej islam which is my last school sepanjang aku bernyawa ni.
terima kasih kepada hanna adzhar kerana mengingatkan aku untuk jawap soalan ni.
aku ingat nak buat 4 MEI tapi lewat sehari.

ada apa hal dengan 4 MEI ke 5 MEI ke?
siapa kisah?
dushh..
memang aku kisah doe!
sebab 4 MEI merupakan tarikh keramat,pertama kali aku menjejakkan kaki ke kolej bumi waqafan ni.
lambat gila gila kan.aku pon tak sure ini third intake ke forth intake or memang dah tak de intake.
tapi masa tu aku masuk sekali dengan baihah syafika,amirah idris,ngan qila talib kot.so apa lagi?say happy anniversary to me :)


sebelum aku jawab soalan yang standard soalan add math ( i mean 20 soalan ) bukan tahap kesusahan dia.im not that dummies,nak story mory la waktu 5 MEI ni sekolah sedang sibuk dengan hari sukan.masuk masuk sekolah je esoknya kena pegi stadium pulakk..
pastu kena carik baju labuh pulak tu.mana nak dapt baju labuh weh.aku tak main baju baju labuh ni.
tapi masa tu ada la sorang akak comel form 5 bagi pinjam baju khalid form 5.haha.labuh !

datang datang stadium,budak budak ni pandang dengan penuh kepelikan,
ni akak form 5 mana ni,tak pernah nampak pon muka dia.
masa tu aku buat tak kisah la kan.buat muka toya,blurr ala ala mrs.bean tak faham apa apa.no one knows me that time.so..who cares??. *except dak kusiss* wink ;)






kusissians.mereka yang mengKPTI kan aku,haha.



er..dah tu datang stadium sempena hari sukan kan?
tapi aku rasa macam pergi kenduri kahwin.senyap gila stadium ni,macam tak de orang.heh.

tak de orang jerit.
tak de orang sorak.
tak de orang melompat lompat,terkinja kinja.
tak de orang makan berdiri,minum berdiri.


pehh..planet mana aku tercampak ni. *semakin blurr*

    -tamat-



Give 5 simple words about kisas…

ayam pengetua.

pistol cikgu nani.

abbas yang bertuah kerana disayangi muslimat.heh.

karamel kantin.

main dekat court lepas waktu asar pakai telekung.





2) Korg rasa korang meletop kt sekolah…

soalan apakah?meletup macam mana tu.meletop yang orang selalu gelar 'budak hot' gitu?tidak rasanya.
kalau budak kusiss yang lain meletup kadang kadang aku kena tempias keletupannya.
meletup dalam erti kata lain pernah.semakin banyak makan semakin rasa nak meletup.pipi nak meletup,perut pon nak meletup.hakikatnya memang banyak makan which means im getting healthier in kisas not bigger :P



3) Apa perasaan masa hari pendaftaran. Siapa orang 1st korang tegur..korang redha dengan warna file yang diberi?

eh eh...aku tak main la fail fail ni budak.aku masuk masuk je,jumpa ustaz zainal fitri,then ustad bagi kertas yang ada nama dorm,yang penuh dengan tulisan cakar ayam korang.haha.aku selak selak kertas tu aku nampak f22 punya ada kosong then aku isi je la.tak perasan nani ngan qila sama dorm ngan aku.time tu aku fikir "rumah sukan je pon,mana mana pon aku x kesah".and aku khalid.





khalid.tag biru.


4) Apa yang korang bangga kat sekolah?

bangga?bangga katil dorm aku single weyh!haha.



5) Tempat paling korang suka kat sekolah…

bilik basuh.
tempat melepaskan segala tension.basuh baju,melalak,meroyan kat situ.

bangku dekat court.
tempat baca quran time time maghrib isyak sampai kadang kadang terlepas tazkirah.tu la badar tak panggil apahal.(kadang kadang panggil kadang kadang tak,tidak mengapa la badar,badar pon manusia juga.haha.).disini,tiap tiap hari nampak kapal terbang lalu.





bangku :'(


6) What is your nickname in school ?


NANA.
liyana. (ni kadang kadang muslimin tak bertauliah panggil dan cikgu cikgu yang bertauliah panggil)haha.
mok!
barney! (ni ira panggil) :p




7) Berape kali korang attend gotong- royong? .. Pernah escape prep?berape kali?Kat mana and buat apa..??


di mana ada gotong royong disitu ada aku.gotong royong musolla waktu form 4 paling malas sekali.ada ke gotong royong waktu pukul 3 orang semua tengah terbongkang atas katil.kadang kadang aku malas,aku suruh parent aku datang waktu tu.haha.which means ada alasan la kan.aku tak ponteng. ;)

*sampai kena denda cuci tandas dengan afiqah amnani pon aku cuci tau.both of us.cuci tandas.dua hari sebelum paper chemistry doe!haha. :)

escape prep waktu form 4 selalu la sangat.kalau aku dapat petunjuk,taufik dan hidayah baru aku pergi.
dekat dorm,tidurr..time 4 siap kp lagi datang dorm kejut,fathin shalihah kot masa tu,pastu aku duduk,dia keluar aku baring balik.bye bye.



8) Bile 1st time korang break da rules? And how about da last time?

first time tak ingat.escape prep kot.
last time.time spm.bawak toaster,fly,lagi...tak ingat dah.

9) Berape kali korang singgah kantin sehari…

seriously speaking,aku bukan budak kantin,rehat pon tak pergi kantin,time bulan 6 ke 7 time form 5 baru aku belajar rehat kat kantin.and mereka macam 'aik..sejak bila ko turun kantin'.
sabtu ahad selalu 3 4 kali kot.tak campur lagi kalau parents datang 5 6 kali.


10) Semua orang ade kenangan manis.. so korangnye kenangan pahit?


sama macam farah razak,kena marah dengan cikgu najib.
waktu form 4 kena marah dekat lab biology sebab makan chewing gum.serve me right for being such a rude kan.isk..isk.. :'(

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KU or TKU… bayangkan… and cerita pe yang bakal terjadi..

tak ada apa yang bakal terjadi kerana KU dan TKU TIDAK  akan ditaklifkan kepada aku.
aku masuk bulan 5 la,siapa nak undi aku jadik TKU weyh.haha.such an idiot.


12) Ingat lagi masjid sultan sulaiman… pe korang wat kat sane?

Ingat.solat dengar ceramah,amik gambar.


13) Ape yang terjadi kat dewan kuliah?

haha.banyak benda yang terjadi dalam dewan ni.


 dewan ulul albab.imagine.
ni lakonan ape ni??
adelaa..budak kisas msti tau,haha.~



first,
berebut kerusi dengan muslimin,ooo..muslimin buat sandwich nak suruh muslimat bangun.pandai ea kau.
pernah sekali tu waktu time ceramah bulan ramadhan pasal buat resume segala kan.form 5 ngan form 6 sekali.pehhh..mana cukup..last last aku duduk dekat belakaaaaang sekali betul betul sebelah pintu belah muslimin.pintu pulak terbukak dengan muslimin2 sekali amek kerusi duduk situ.
pastu aku berdiri kejap,masa tu dah nak habis ceramah.pastu..

'muslimat nak kerusi tak?'
amboi amboi aku cepuk kang.dah nak habis baru nak bagi kerusi.
'tak payah la' aku kata.

jual mahal ek?mengada.

secondly,aku dengan insyirah and ainur ( aku tak ingat time tu kuliah apa )
hiris pemadam kecik kecik pastu insyi jentik jentik.kadang kadang kena kat muslimin punya songkok tp mostly kena kat muslimat.memang nak point muslimat pon la.jangan perasan eh.=,=.and sorry :)

thirdly,selepas sekian lama insyirah kehilangan kad pengenalan waktu spm dan dia hanya membawa sehelai kertas yang disahkan oleh pengetua untuk bawa masuk dalam dewan peperikasaan,akhirnya...ic tersebut dijumpai dalam FAIL PQS NORLIYANA SULEIMAN weyh!haha.waktu tu kat dalam dewan kuliah la.memang haru satu dewan kuliah belah muslimat,aku dah separuh menjerit dah.haha.luckily,ada orang control mulut aku time tu.kau kalau kena jeling dengan muslimin baru kau tau.


14) Korang tetibe kena jadi presiden badar or hawa? Amacam… layakkah anda? Pe yang bakal berlaku…

dekat dalam mimpi pon tak pernah.
berangan aptah lagi,banyak benda lain aku nak berangan.
layakkah anda?tidak layak.

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan…dengan sape.. or solo? Tempat paling jauh korang pernah gi?

setiap kali diberi outing aku akan outing.selalunya dengan budak dorm,budak kusiss,
paling jauh,balik rumah di ara damansara,jauh la tu.

16) Soalan paling simple…. Pernah fly?


jawapan pon simple.pernah.



17) Ape benda yang korang harap akan jadi.. tapi ianya tak tercapai akal.. and confirm takkan jadinye!

tak kan terjadi dan tak tercapai akal : wujudkan band boleh?orkestra ke?
harap akan terjadi : tak de kot.perfect semuanya.yang kurang kurang tu biasalah.hidup asrama.kalau tak kita tak belajar erti hidup.
kalau tak baik kau duduk hotel je semua benda kau nak!

18)Kalau diberi peluang balik mase form4/form5 apa yang korang nak buat..??

theres no turning back.living that schhol life,examssss?????no wayy !

19)Kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??

tiada arah.lepas ni nak jadi apa ?
haha..tapi sekarang pon tak tau nak jadi apa.


20)soalan last: decribe in one word tentang KISAS{sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..

Sebelum masuk kisas : malas,dah bulan 5 kan.
Semasa masuk kisas : ouh cepat la habes,
Selepas masuk kisas: i wanted to remember the school that taught me a great deal in life,joy,pain,love,hatred,excitement,dissappointments and many more.KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH.




batch muslimat.





okay okay.be fair.
muslimin muslimat.


a zilion thank you to teachers and friends.saya sayang kisas.and that sayang cant describes in words.
sekian skrip jawapan add math saya.



tadi aku start menaip 5 mei.siap siap je dah 1.50 am 6 mei.but it still 5 mei tau.its 5 MAY!






ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

8 comments:

faith said...

slip insyi citer paling memorable kot!!

Liyana said...

haha.yepps.
da la last paper.
mmg right timing gler.
tbe2 je jatuh dari fail.haha.

uchihakudo said...

hoik2 muakakakakakakka
haru la kan
kecoh je budak hilang ic tu huhu

Liyana said...

huahua,,
nme insyi paling banyak disebut.
punye la slama ni belaja same2 pegi mne sme2 jln sme2.
tuptup ic yg 'hilang' tu pada nana.

faDHiL aRiS.. said...

wah2..maen jntik2 kne sngkok muslimin ye?ptot la byk habuk sngkok ktaorg..haha

Liyana said...

hamboi :)
sorang da perasan :P

AR AINUR ADHWA said...

nana!!! beSt maiN jeNtik2 tuh!!! sewOnok abeS kOt!!!! beSt giler ble keNa!!! *jahat giler*

Liyana said...

wahh..yeah2 seyes best kan aino.aino skali bersubahat.haha.

Post a Comment