Powered by Blogger.
RSS

orientasi : lain yang dirancang,lain yang jadik :p

assalamualaikum. :)

fuh fuhhh...at last aku sampai jugak rumah dari banting naik teksi-bas-LRT bagai.
nasib baik tak sesat.alahhh..sesat sesat pun malaysia lagi.tak jadik hal.

tengok tajuk,orientasi tapi di matriks tempat aku balajar ni diberi nama Majlis Pengurusan Pelajar Baru (MPPB).biasalah kalau dah nama orientasi tu,taklimat cermah bla bla..n ragging??ahhaaaa..ingat dah tak main dah ragging2 ni time matriks tapi dalam banyak banyak scene minggu ni,scene ni la yang paling paling paling sakai!bila fikir balik rasa macam lawaakkk gila.histeria tuuhhh.meh aku story.

khamis malam jumaat.
budak pompuan semua kena panggil gi Dewan Antares *nama market betul.
ingatkan semua faci perempuan je ader,then tetibe faci laki keluar serentak dengan muka yang bajet cool dari belakang pentas tu.lawak.

then mula lah,scene jertitan sampai bergema satu dewan dari faci lelaki.haktuih.

    'woi pompuan,siapa yang bajet hot sangat tuh,makeup berejam jam,jalan macam iklan model,kau ingat kau hot la??!!!kau ingat aku nak la kat kau??


*puh leaseee....then ada ke orang nak kat kau,bukan setakat tak nak,tak hingin kau tahu.huh!


siapa yang melawan cakap akak faci tu?woi keluar la pompuan aku nak tengok sikit muka budak tu.
yang bajet hot sangat tuh.keluar la wei.sape yang cakap 'whatever' kat akak faci.yang hentak pintu tu.


then of course la tak de sape ngaku kan.pastu kitaorang semua kena angkat kaki sebelah.ni la yang paling bangang sekali.dekat sejam kot.gila!

faci yang tengok dari konti atas dewan tu.tak habis habis.

woi pompuan aku kata angkat kaki la!!sape jatuhkan memang nak kena ngan aku.

gila!dah la panas tahap dewa,dengan pintu tutup,dewan yang dah semula jadi panas.kipas pun dia tutup.basah kepala aku.menitik nitik peluh.angkat kaki sebelah bagai.kejang!

and macam macam la ayat yang tak leh bla keluar dari mulut tu.biasalah orang lelaki ni kalau tak mengutuk perempuan pun,mengutuk,kalau tak mengutuk,mengutuk jugak.sorry ni untuk lelaki tertentu.first time kot kena macam ni.tapi well,please la,aku tak main la psycho macam ni.haha.


lama kot diorang marah marah,tengking tengking,maki maki,perangai macam apa.tak sakit ke tekak tu?bergema satu dewan.huh.


then bila dak tu da ngaku.fuhhh...semua faci laki keliling dia doe.saiko.suluh muka dia.siap jerit 'ko tengok r tu,muka da la buruuuukk'


ayat macam *%^$& kan?bajet handsome la kau?

memang la budak tu kerek nak mampus kan muka dia.aku sangat mengakuinya,tapi yang paling aku suka,dia tak nangis doe.salute.bagus!pertahankan air mata kau.jangan nangis depan lelaki yang dah kena rasuk setan ni.


dekat 10 orang kot pengsan kat dewan tu.dengan panas gila,penat macam nak mati kena diri sebelah kaki.semua budak budak yang pengsan ni faci bawak keluar dewan.

dan faci faci ni tak benti benti nak jerit tengking.
then terjadilah satu scene dalam sejarah kolej matrikulasi selangor...
tiba tiba budak yang pengsan kat luar tu menjerit bapak arh,kuat gila satu kolej dengar.
terus faci yang marah tu terdiam.amek kau.sentap tak?
semua faci meluru keluar dari dewan,yang kat atas pentas tu melompat n lari ke pintu belakang.sentap semua orang dalam dewan.
haha.ini double lawak.ingat ni shooting movie melayu ke apa?


kau tahu gelabah gila faci weih.muka semua tak leh bla especially faci laki.habis hilang muka bajet macho.
heh.
huru hara satu dewan.dah la tu,benda tu berantai rantai.
denga histeria sorang kena pastu sorang lagi kena,pastu sorang lagi kena.
pastu dengan budak yang pengsan bertambah tambah.

hamek kau,amek.tau menggelabah.pastu baru nak bukak kipas siap cakap 'suara tiba tiba lembut??


 'ha nak kipas tak?rasa tak kipas?


LOL!ini lagi triple lawak.tadi tengking tengking bukan main.....


ha.ni yang paling paling paling melampau.faci yang melompat dari pentas tu ..

     
'ha korang dengar tak tu??korang ni pukimak r..'
again bergema satu dewan.

nak aku rewrite balik?tak perlu.kuat gila dia cakap perkataan tu.melampau.over.aku mencarut carut kat mamat ni dalam hati.bangang tak.astaghfirullahalazim kan.

ada rupa tapi mulut mcam....... *ok ak backspace balik apa yang aku tulis.aku takut kot kot aku kena diri dua dua belah kaki angkat.huh.


diorang suka tengok kitaorang melompat lompat tak stabil siap cakap 'ha seronok aku tengok dari atas ni *konti.'
kalau macam tu,aku suka tengok faci lelaki menggelabah nak handle budak histeria.padan muka.baru kau tahu.dengan budak pengsan lagi,berkotak kotak air mineral habis.dah la kitaorang ni beribu.



overall.

aku suka tempat ni.
budak sekolah aku ramai gak kat sini.

sekolah rendah sorang.
smka bandar penawar 4 orang.
smka kuala selangor 17 orang.
kolej islam sultan alam shah 9 orang.

budak kusiss n budak kisas get along gila.especially pia ngan asyura.haha.tak faham aku.

waktu taklimat peraturan and disiplin banyak la soalan soalan dari budak pompuan.biasalah.banyak cekadak orang pompuan ni.ada satu soalan yang sangat menarik berbunyi.




'budak perempuan melayu islam,wajib ke pakai tudung?'



and jawapan sir Azra mudah je : dalam islam wajib pakai tudung.
damn cool.beliau ex al irsyad.
:)




ok.mood serious.
next week da start kelas.
group tutoran pun dah ada.
jadual semua dah bagi.
kelas hari isnin sampai hari jumaat.
pukul 8 pagi sampai pukul 5 petang.
rewrite.8 pagi sampai 5 petang,
kuliah,amali,tutorial.macam tu la tiap tiap hari.
fuh fuhh..



balik esok aku kena bawak payung.dari hostel nak g kelas jauh berabad.
dengan panas terik cuaca kat banting tu.banting panas terik.fact!
tak pun,topi la,payung tu ayu sangat.haha.


*ha yang pasal faci cakap p****** tu,sejak semalam aku dengan budak budak ni nisa alia dan lain lain menggelar beliau bro p******.jahat kan.ok lepas ni tak gelar dah.kau pun aku dah tak jumpa.dah bla dah kan.gi masuk u sana.tapi serious aku rasa macam nak cili mulut dia sampai bisu seumur hidup.moral of the story,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya,words are sharper than swords :)
kan dah kena gelar macam tu..
whoever u are.

ok online fb pulak.siapa sekarang sedang baca blog aku sambil minum 3 in 1?
or tengah tungkat dagu/kepala pakai tangan kiri?
:)


ini bukan diari,tapi naluri.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

manusia ini berubah.

salam :)


tak payah nak menggelabah sangat lah kan.setelah berbulan bulan erm..hampir 5 bulan berbulan madu kat rumah sendiri,jadi sampai lah masanya aku nak menamatkan percutian percuma untuk menyambung pengajian ehem. di matrikulasi banting selangor.

aku ade citer kan pasal henset tuh sebelum ni.and ini perbualan dalam kereta petang tadi.

'na..pakai public phone dulu eh.tunggu la next week ke?'
ahha.,dengar tu ayah aku cakap apa.
and aku cakap.'okeyhhhhh'
see?aku anak yang baik.

ehem.

so conclusion memang aku kena pakai public phone.tak payah nak gelak guling guling lah kan :p

23 march 2011.result SPM.
23 mei 2011.pendaftaran matriks.
phewwww..cun seyh tarikh..ni pon ade orang cakap.*kau tahu la kau siapa and aku tahu kau baca.


jadi bila di matriks ni hala tuju masih belum nampak dan tak jelas.kalau pointer gila gempak dapat lah further study kat U n course yang kita mintak,kalau tak...?maka dengan itu,aku menjejakkan kaki ke matriks ni dengan penuh harapan untuk meneruskan impian ermm...pharmacist mungkin?kalau boleh aku nak je buat banner besar besar ..



saya akan berubah bila masuk matriks dan akan belajar betul betul.


cakap pasal saya berubah.
aku teringat kat satu dialog dalam satu citer korea,hmm..again,49 days.
ayat dia macam ni.

humans being change.thats their speciality.
forever?theres no such things.
love,than hate.
hot,then cold.
upset,than grateful.
full of resentment,then understanding.
and others,so on.

hmm..jadi manusia ni berubah dan hidup ni memang memerlukan perubahan.
cuma kena pegang pada pada dua perkara yang mana apabila berpegang padanya,takkan tersesat selamanya iatu alquran dan sunnah.


satu pesanan dari seorang kawan.

do ur best..jgn pandang mase lalu lgi..sume da jadi 0-0 balek.fresh start..sume same je.yg membezakan adalah attitude dlm study brmula esok.n


the most important : hold your principle n origins tightly ...




aih.aku takut sebenarnya.
selamat tinggal la cerita korea,youtube,kpop,suju,shinee,snsd,facebook.blog.
lepas ni tak de nye aku nak mengadap laptop 3 4 pagi loading cerita korea semata.


harap segala urusan dipermudahkan esok.amin.
salam.goodnight.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Secret Garden.

salam.


koreanholic : secret garden tu cerita korea lah.macam aku tak tau.
teeett...salah!bukan cerita korea yang aku nak citer sekarang nieh.
secret garden cafe n lifestyle pekajadah tah yang dekat sunway pyramid tuh.haha.memang secret betul tempat tu..first time masuk aku ingat kedai bunga ke apa,rupanya kedai makan.aku baru excited gila nak tengok bunga.

tapi ni kali kedua aku pergi dengan half of my siblings along (x de) angah (x de )afin,nana,azul,rafi,atuk and nenek.yeah nenek and atuk aku ada dekat sini.rumah aku.


jadi di kesempatan itu,alang alang atuk n nenek ade dekat rumah masing masing nak membodek ayah ajak makan luar,jalan jalan n bla bla. *ok korang kena tau yang aku penat gila dan aku mcam malas nk tulis tapi aku nak tulis sebelum aku bertambah jadi pemalas.




see?macam kedai bunga.
erkk..aphal rafi?perut nak meletup kot.
*time ni dah habis makan.




fine.aku tak pakai high heels. :D
aku bet 'kawan' dia jeles gila tengok pict ni.
btw,zaman sekolah zaman kembara ilmu,bukan zaman cinta murahan.
highlight sikit murah tu.






tak de rupa langsung kan?
beliau lahir sebelum aku lahir.



whatever u say bro.aku tak makan tau pujuk rayu orang ni.
haha.


Perkara Berkaitan.

1) kitaorang adik beradik memang selalu secara kebetulannya akan pakai baju yang sama warna kalau keluar ramai ramai macam ni.tak tau la kenapa?ouh air dicincang takkan putus.
*AMARAN : jangan letak peribahasa  yang tak de kaitan dengan ayat.


2) atuk dengan nenek dekat rumah aku sampai hari isnin sebab nak hantar aku pergi matriks katanya. :)


3) actually semua pict except pic first aku crop.


4) and for azul yang nak gila gila nana post satu pic dekat blog ni sorry la nana tak upload.selepas dibelek tajam tajam pic tuh.haha.something wrong.aurat tu penting :p


Perkara Tidak Berkaitan.

1) sejak kebelakangan ni aku banyak pegang rahsia orang,psstt nana ni secret tau.jangan bagitahu siapa siapa.
im good at keeping a secret dude/babes.so dont worry.
2) a big day is approaching.isnin matriks banting,selangor.huuuhh~
3) da nak sambung belajar ni,but aku belum ade phone ( salah aku sebab tak pandai jaga barang,my bad =.=) jangan terkejutlah kot kot aku call pakai public phone pulak.
 
4) nak tau,currently aku layan cerita 49 days,macam biasalah citer korea.dan dengan ini aku nak umumkan la mungkin cerita ni bakal jadi drama terakhir yang aku tengok before masuk matriks.sedih :'(
tu nanti aku citer kat entri lain kot.
sekian.laporan tak rasmi.salam.goodnight.


ini bukan diari,tapi naluri.









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Where is The Good in Goodbye?

assalamualaikum.



entri ini ringkas but i really mean it.
khas ditujukan untuk semua rakan rakan yang akan melanjutkan pelajaran,semua..form 6,matrikulasi,IB,a-level,for those yang akan fly 3 bulan akan datang,setahun akan datang,2 tahun akan datang..*aku tau ramai..


entah.tak tau nak cakap macam mana.haha.
a big congratulations sebab dapat sambung belajar tak kira la kat mana pun,even madagascar.







                   



       why does it take a minute to say hello and forever to say goodbye?








saya rindu tudung labuh itu.ianya tak ternilai.




Be well, do good work, and keep in touch.




thank you friends for lending me ur shoulders,let me cry,let me sleep on yours ;)


p/s : malas sikit nak update.tak keruan.haha.
maaf.saya tak pandai 'tacink2'
hanya hati yang mengerti. :)



ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Still Thinking of That Lovely High Heels?

assalamualaikum and good evening :)


sebenarnya dah lama aku terfikir benda ni tapi tak terluah luah kat blog yang bersepah ni.
hari tu...errr..bukan haritu,dah lama dah...time aku tengok dokumentari pasal sweet love story la kononnya about prince william dengan kate middleton kahwin yang secara kebetulan sehari sebelum aku angah punya majlis kenduri kahwin dekat channel 5, *channel 5 channel singapore ok,orang johor je dapat siaran ni.

actually bagus juga anda tak de siaran ni,banyak yang tak sesuai ditonton kadang kadang.haish.
ada banyak lepas tu ada kadang kadang..macam mana tu?


back to the topic.

then time tengah iklan ada la satu iklan about high heels something like that.high heels yang membunuh..yeah..cantik tapi menyeksa!maka dengan itu,aku rasa macam nak post pasal high heels sebab iklan channel 5 ni macam terkena kat batang hidung sendiri. :)










cuba survey di sekeliling kita,pergi mana mana je la kan,even pergi pasar sekalipun mesti ada ladies walaupun seorang yang berjalan memakai kasut tumit tinggi.sure mesti ada..yeah mengaku je la itu kau nana.



kalau kau menjaga pandangan sekalipun,mesti telinga kau boleh mendengar bunyi 'terketak ketak' dari high heels yang bajet hot tu kan?

persoalan.kenapa ye girls suka pakai high heels ?

sebab nak nampak tinggi.haha.ini memang jujur ikhlas dari dalam hati.perempuan rendah dan comel macam aku kalau pakai high heels nampak tinggi,paling paling pun tinggi aku akan sama taraf dengan leher adik aku.
kenapa nak nampak tinggi pulak?sebab nanti aku asik kena pandang rendah. *tak de jawapan sebenarnya.

secondly,kasut tumit tinggi sebagai langkah keselamatan.siapa kata kasut tumit tinggi untuk melawa semata mata?tidak dinafikan tumit kasut tumit tinggi boleh digunakan untuk memijak atau 'menyepak' *tak jumpa istilah yang sesuai* pada orang orang yang cuba untuk ambil kesempatan,kena rompak ke,kena ragut ke dan sebarang betuk kejahatan.aku pernah buat kat adik aku,aku saja nak bergurau tak sangka memang sedap gila sampai berkerut kerut muka dia,kau nak rasa?*tumit tu kalau kena tulang kaki kau sure nak lagi.serious aku cakap.


thirdly,memang dah dekat shop sekarang berterabur kasut high heels dari kasut flat nak buat macam mana?beli je la kasut high heels kan.




puh lease!not my taste :p




fourth,kerana ia satu trend.


trend tak trend,berbalik kepada ayat diatas,cantik tapi menyeksa?how can it be 'menyeksa'?


kasut tumit tinggi akan :


- Mengalihkan berat badan ke bahagian depan kaki yang boleh menyebabkan kalus, kesakitan akibat bunion (bengkak sendi tulang kaki), pembentukan belulang (kulit keras) dan perubahan bentuk kaki 

- Oleh kerana berat badan ‘ditolak’ ke depan, ia akan menyebabkan tulang belakang ‘tertolak’ ke belakang untuk keseimbangan. Perkara ini lama-kelan akan menyebabkan sakimaat belakang 













- Kedudukan kaki dalam kasut yang biasanya runcing di depan dan bertumit halus boleh mengakibatkan buku lali menjadi tidak stabil dan berisiko mengalami buku lali tergeliat 


- Otot betis boleh menjadi pendek dan tegang. Memakai kasut tumit tinggi bagi tempoh yang lama (melebihi enam bulan berterusan) boleh mengakibatkan otot betis menjadi pendek sepanjang masa walaupun ketika berehat 















Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati, kasut tumit tinggi memang mempunyai kaitan dengan masalah osteoartritis, terutama pada lutut, kesakitan, penyakit kemerosotan sendi dan kemusnahan kartilaj pada lutut. 





maka dengan itu sebagai orang yang baik hati aku nak mengingatkan kepada anda dan anda terutamanya orang yang menulis.






Justeru, ambil langkah untuk memelihara kesihatan kaki seperti:

- Urut kaki, lebih kerap lebih baik

- Rendam kaki dalam air suam untuk menghilangkan keletihan

- Duduk rehat dengan melunjur kaki selama 10 minit boleh membantu memperbaiki aliran darah

- Buat senaman kaki seperti memusingkan tapak kaki beberapa kali. Ini boleh dilakukan sambil duduk ketika menyiapkan kerja

- Kurangkan kekerapan pemakaian kasut tumit tinggi. Pakai kasut bertumit tinggi dan halus untuk majlis tertentu saja

- Khaskan kasut tumit tinggi yang tiada sokongan di belakang (tidak bertutup atau bertali) untuk acara ‘glamor’ saja yang tidak memerlukan banyak berjalan atau bergerak. Kasut jenis ini ‘memaksa’ jari kaki membengkok ketika anda berjalan dan boleh menegangkan otot jika dipakai lama.





*acara yang glamour contohnya MAK.muahaha.~






- Tukar kasut setiap hari, sebaik-baiknya selang-selikan pemakaian kasut bertumit tinggi dengan yang lebih rendah.

- Pelbagaikan jenis kasut anda.

- Untuk pemakaian setiap hari, pilih kasut dengan ketinggian tumit tidak melebihi empat hingga lima sentimeter (satu setengah hingga dua inci)

- Saiz kasut berbeza mengikut jenis dan jenama. Jangan pilih kasut semata-mata berdasarkan saiz yang tertulis tetapi beli yang selesa dipakai.jimmy choo ca
ntik tapi tak semestinya selesa. :p 










tak faham aku macam mana orang boleh berdiri macam ni?



- Pilih kasut yang boleh memberi sokongan dan keselesaan mengikut bentuk kaki anda. Ada kasut yang membuatkan kaki anda nampak ‘runcing dan halus’ tetapi mungkin tidak selesa.

- Ukur kaki anda sebelum membeli kasut. Ini kerana saiz kaki kita bertambah dengan peningkatan usia.sedar diri sikit ok!







so what do u think?still thinking of that lovely high heels?lets change to another one.









yeah jom bertukar kepada boot.superb!


ok dah la tu.cukup.naik rabun mata aku tengok banyak high heels kat google.cop!aku bukan addicted to high heels.aku pakai wedges lah.kacink kacink :)







apsal semua gambar wedges tak lawa?tak aci betul.
btw,wedges tak berbunyi terketak ketuk macam high heels.



good night. :)






ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Korban ibu : wanita rentung selepas selamatkan tiga anak,selamat hari ibu jasamu dikenang.

assalamualaikum.


tajuk entry aku yang terpanjang setakat ni.
tajuk korban ibu : wanita rentung selamatkan tiga anak....berita harian 7 Mei 201.
memang budak zaman sekarang pemalas nak baca paper lagi lagi lepasan SPM macam aku ( ok aku amat faham dengan sesetengah pihak yang tak berminat dengan berita harian kerana keberatsebelahan (*tiada dalam kamus ) akhbar itu dalam isu isu tertentu teet.

korban ibu : macam kena je kan tajuk muka depan paper harini dengan sambutan hari ibu esok 8 Mei 2011.


KUALA KRAI : Sehari menjelang sambutan hari ibu seorang ibu berkorban nyawa bagi menyelamatkan 3 anaknya daripada api yang marak membakar rumah mereka di Taman Sri Guchil,Kuala Krai,tengahari semalam.
Sebelum ditemui rentung,Rafidah Ismail,36,terpaksa membengkokkan besi tingkap rumah untuk mengeluarkan anak anaknya bagi disambut jiran.....

isk isk :'(

disebabkan begitu,aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu,mak,mami,mom,bonda dan apa apa sahaja panggilan untuk ibu anda kerana walau apa pun panggilan yang diberikan beliau tetap ibu yang mengandung mendidik membesar kan kita.

mungkin bagi sesetengah orang ibu hanya mengandung tetapi tidak membesarkan.
kau kena hantar pergi rumah kebajikan ke,jadi anak angkat ke.and bila kau dah besar kau tak boleh terima ibu kandung kau sebab orang lain yang membesarkan kau..*ok ni memang typical drama melayu ( dont be like this )whatever it is...
tapi tapi tapi....

wehhh kau ingat senang ke nak mengandungkan kau ko 9 bulan 10 hari atau kurang atau lebih,bawak kehulur kehilir naik tangga turun tangga pergi office drive kereta balik rumah masak mandi muntah muntah.
*menakutkan.

tapi itulah hakikat yang ibu ibu kita alami sementara kita duduk melepak dalam perut ibu.makan makan main tendang tendang.heh.

dan mungkin aku juga akan mengalaminya..pheww.


baiklah jangan omong kosong okeh.
baca ni.aku nak cerita kisah benar ni.
tambah ilmu walaupun dah tahu.


dikatakan suatu hari datang lelaki bertemu Rasullullah SAW dan berkata : "saya ingin melaksanakan jihad dan pergi berperang di jalan ALLAH,tetapi ibu tidak sepenuh hati melepaskan saya berbuat demikian.Rasullullah SAW kemudian menjawab : Pulanglah kamu dan beradalah di sisi ibumu.Aku bersumpah dengan nama Tuhan yang mengutusku untuk menyampaikan kebenaran,untuk berada di sisi ibu satu malam dan (melayan serata berbuat baik kepadanya) adalah lebih baik daripada berperang dan berjihad di jalan ALLAH selama setahun.


begitu juga cerita di mana lelaki bertemu Rasulullah dan menyoal : 'siapakah orangnya dalam dunia ini perlu saya hormati dan hargai?lalu Rasulullah SAW menjawab : Ibumu.Lelaki itu bertanya lagi dua kali : Siapakah selepas ibu dan jawapan Rasulullah tetap,ibumu.Akhirnya apabila ditanya lagi : Siapakah selepas ibu?Barulah Rasulullah SAW menjawab : Bapamu.



maka dengan itu...


TERIMA KASIH ibu kerana mengandungkan,menyusukan,membesarkan nana..






TERIMA KASIH ibu, : waktu sekolah rendah.
hantar pergi sekolah sampai hampiiiirrr terlanggar budak naik basikal.
ambil nana balik dari sekolah ( walau pun ibu cakap 'tunggu ibu sampai,ibu mesti sampai') tapi nana asyik menangis tak berhenti henti.haha.*budak budak lain main teng teng aku menangis sorang sorang..mana ibu ni.
sampai darjah 5 dah pandai pergi sekolah sendiri,pergi jalan kaki balik jalan kaki.dah pandai naik basikal pastu merayau pergi beli ABC depan sekolah.
again..





sekolah menengah (SMKA Bandar Penawar,SMKA Kuala Selangor,Kolej Islam Sultan Alam Shah)
TERIMA KASIH ibu sebab hantar nana balik asrama,datang melawat,bawak makanan and pesanan yang ibu takkan lupa setiap kali balik asrama .

'jaga diri,jaga nama baik,jaga maruah.'
kemudian..
'belajar betul betul'.
terima kasih ibu n again,






lepas SPM :
TERIMA KASIH sebab tolong isikan upu,teman ambil result SPM,
TERIMA KASIH sebab marah nana kalau drive tak betul,ingatkan pakai seatbelt bila drive.

*semalam waktu nak ambil adik balik sekolah ada roadblock pulak betul betul nak masuk highway.haish.selama ni ibu selalu ingatkan pakai seatbelt pakai seatbelt,tapi semalam ibu tak ingatkan so aku 'tak pe la ibu x cakap un'.
sekali hamek ko!kena tahan tak pasal pasal.dah tu polis tahan dia pergi tempat lain pulak (memang banyak kereta kena tahan)pastu aku cabut r.apa apa la kan.asalkan aku punya P tak kena gantung.
lesson : drive pakai seatbelt eh.pakai.aku kata pakai!
aku memang tak berapa gemar pakai seatbelt.rimas tau x.

yang paling best sekali.TERIMA KASIH sebab ajar masak.muahaha.




i know thank you is not enough.
i know 'i love u' is not enough.
kerana segala jasa ibu tidak mampu dibalas.
tapi..
kenanglah jasa ibu sepanjang masa,sehingga akhir hayat.
hargai lah ibu.wee~


ibu cakap aku ni susah betul nak trained.comot yang teramat.tak tau apa nak buat dah.tak macam kakak aku yang lebih neat and berdisiplin.like makan aiskrim comot lap dekat tudung sekolah.hingus meleleh lap kat lengan baju.wekk.kasut baru basuh hari ahad hari isnin dah kotor balik.

dulu aku memang comot,tapi sekarang dah comel......kan bu?
:)



ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

matriks.wait for me yaww :)

salam.

setelah beberapa jam aku menghadap laptop menggoogle pros and cons of matrix and diploma,juga atas nasihat dan pandangan my sis and of course my friends naik kering mata aku...


at last,i got the answer.

Matrikulasi Selangor Banting.sains.
Diploma Farmasi UITM.
my choice ---->matrikulasi.


yeah yeah.
dengan penuh semangat yang membara aku terus print semua document yang diperlukan.
haha.tak sabar tunggu 23 Mei.
its mei again.duhh.

*bulan mei penuh diary aku dengan date date yang merisaukan.busy betul.



orang selalu letak matrik ni last choice,or memang dah tak de dalam list langsung. ( aku pon dulu )
and,matrik ni tempat buangan budak budak yang tak dapat pergi mana mana,or tempat kau nak bertaubat gila gila la kan bila keputusan SPM kau teruk konon kononnya.
weh hello,says who??no such thing babes.


I do it because i can, I can because I want to, I want to because you said I couldn't. 




muahaha..
pray for our success.



ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

5 Mei dan 20 soalan tentang KISAS.


assalamualaikum :)


Pernah dengar KISAS??atau KIK atau KIM?
nama penuh yang tertera di depan pintu pagar saat ini...
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH.
dulu,KOLEJ ISLAM KLANG.
dulu punya dulu punya dulu,KOLEJ ISLAM MALAYA.




ehh..ni bukan pintu pagar tau.agak agak la.


apa apa je la kan,ia tetap kolej islam which is my last school sepanjang aku bernyawa ni.
terima kasih kepada hanna adzhar kerana mengingatkan aku untuk jawap soalan ni.
aku ingat nak buat 4 MEI tapi lewat sehari.

ada apa hal dengan 4 MEI ke 5 MEI ke?
siapa kisah?
dushh..
memang aku kisah doe!
sebab 4 MEI merupakan tarikh keramat,pertama kali aku menjejakkan kaki ke kolej bumi waqafan ni.
lambat gila gila kan.aku pon tak sure ini third intake ke forth intake or memang dah tak de intake.
tapi masa tu aku masuk sekali dengan baihah syafika,amirah idris,ngan qila talib kot.so apa lagi?say happy anniversary to me :)


sebelum aku jawab soalan yang standard soalan add math ( i mean 20 soalan ) bukan tahap kesusahan dia.im not that dummies,nak story mory la waktu 5 MEI ni sekolah sedang sibuk dengan hari sukan.masuk masuk sekolah je esoknya kena pegi stadium pulakk..
pastu kena carik baju labuh pulak tu.mana nak dapt baju labuh weh.aku tak main baju baju labuh ni.
tapi masa tu ada la sorang akak comel form 5 bagi pinjam baju khalid form 5.haha.labuh !

datang datang stadium,budak budak ni pandang dengan penuh kepelikan,
ni akak form 5 mana ni,tak pernah nampak pon muka dia.
masa tu aku buat tak kisah la kan.buat muka toya,blurr ala ala mrs.bean tak faham apa apa.no one knows me that time.so..who cares??. *except dak kusiss* wink ;)






kusissians.mereka yang mengKPTI kan aku,haha.



er..dah tu datang stadium sempena hari sukan kan?
tapi aku rasa macam pergi kenduri kahwin.senyap gila stadium ni,macam tak de orang.heh.

tak de orang jerit.
tak de orang sorak.
tak de orang melompat lompat,terkinja kinja.
tak de orang makan berdiri,minum berdiri.


pehh..planet mana aku tercampak ni. *semakin blurr*

    -tamat-



Give 5 simple words about kisas…

ayam pengetua.

pistol cikgu nani.

abbas yang bertuah kerana disayangi muslimat.heh.

karamel kantin.

main dekat court lepas waktu asar pakai telekung.





2) Korg rasa korang meletop kt sekolah…

soalan apakah?meletup macam mana tu.meletop yang orang selalu gelar 'budak hot' gitu?tidak rasanya.
kalau budak kusiss yang lain meletup kadang kadang aku kena tempias keletupannya.
meletup dalam erti kata lain pernah.semakin banyak makan semakin rasa nak meletup.pipi nak meletup,perut pon nak meletup.hakikatnya memang banyak makan which means im getting healthier in kisas not bigger :P



3) Apa perasaan masa hari pendaftaran. Siapa orang 1st korang tegur..korang redha dengan warna file yang diberi?

eh eh...aku tak main la fail fail ni budak.aku masuk masuk je,jumpa ustaz zainal fitri,then ustad bagi kertas yang ada nama dorm,yang penuh dengan tulisan cakar ayam korang.haha.aku selak selak kertas tu aku nampak f22 punya ada kosong then aku isi je la.tak perasan nani ngan qila sama dorm ngan aku.time tu aku fikir "rumah sukan je pon,mana mana pon aku x kesah".and aku khalid.





khalid.tag biru.


4) Apa yang korang bangga kat sekolah?

bangga?bangga katil dorm aku single weyh!haha.



5) Tempat paling korang suka kat sekolah…

bilik basuh.
tempat melepaskan segala tension.basuh baju,melalak,meroyan kat situ.

bangku dekat court.
tempat baca quran time time maghrib isyak sampai kadang kadang terlepas tazkirah.tu la badar tak panggil apahal.(kadang kadang panggil kadang kadang tak,tidak mengapa la badar,badar pon manusia juga.haha.).disini,tiap tiap hari nampak kapal terbang lalu.





bangku :'(


6) What is your nickname in school ?


NANA.
liyana. (ni kadang kadang muslimin tak bertauliah panggil dan cikgu cikgu yang bertauliah panggil)haha.
mok!
barney! (ni ira panggil) :p




7) Berape kali korang attend gotong- royong? .. Pernah escape prep?berape kali?Kat mana and buat apa..??


di mana ada gotong royong disitu ada aku.gotong royong musolla waktu form 4 paling malas sekali.ada ke gotong royong waktu pukul 3 orang semua tengah terbongkang atas katil.kadang kadang aku malas,aku suruh parent aku datang waktu tu.haha.which means ada alasan la kan.aku tak ponteng. ;)

*sampai kena denda cuci tandas dengan afiqah amnani pon aku cuci tau.both of us.cuci tandas.dua hari sebelum paper chemistry doe!haha. :)

escape prep waktu form 4 selalu la sangat.kalau aku dapat petunjuk,taufik dan hidayah baru aku pergi.
dekat dorm,tidurr..time 4 siap kp lagi datang dorm kejut,fathin shalihah kot masa tu,pastu aku duduk,dia keluar aku baring balik.bye bye.



8) Bile 1st time korang break da rules? And how about da last time?

first time tak ingat.escape prep kot.
last time.time spm.bawak toaster,fly,lagi...tak ingat dah.

9) Berape kali korang singgah kantin sehari…

seriously speaking,aku bukan budak kantin,rehat pon tak pergi kantin,time bulan 6 ke 7 time form 5 baru aku belajar rehat kat kantin.and mereka macam 'aik..sejak bila ko turun kantin'.
sabtu ahad selalu 3 4 kali kot.tak campur lagi kalau parents datang 5 6 kali.


10) Semua orang ade kenangan manis.. so korangnye kenangan pahit?


sama macam farah razak,kena marah dengan cikgu najib.
waktu form 4 kena marah dekat lab biology sebab makan chewing gum.serve me right for being such a rude kan.isk..isk.. :'(

11) Andai korang ditaklifkan sebagai KU or TKU… bayangkan… and cerita pe yang bakal terjadi..

tak ada apa yang bakal terjadi kerana KU dan TKU TIDAK  akan ditaklifkan kepada aku.
aku masuk bulan 5 la,siapa nak undi aku jadik TKU weyh.haha.such an idiot.


12) Ingat lagi masjid sultan sulaiman… pe korang wat kat sane?

Ingat.solat dengar ceramah,amik gambar.


13) Ape yang terjadi kat dewan kuliah?

haha.banyak benda yang terjadi dalam dewan ni.


 dewan ulul albab.imagine.
ni lakonan ape ni??
adelaa..budak kisas msti tau,haha.~



first,
berebut kerusi dengan muslimin,ooo..muslimin buat sandwich nak suruh muslimat bangun.pandai ea kau.
pernah sekali tu waktu time ceramah bulan ramadhan pasal buat resume segala kan.form 5 ngan form 6 sekali.pehhh..mana cukup..last last aku duduk dekat belakaaaaang sekali betul betul sebelah pintu belah muslimin.pintu pulak terbukak dengan muslimin2 sekali amek kerusi duduk situ.
pastu aku berdiri kejap,masa tu dah nak habis ceramah.pastu..

'muslimat nak kerusi tak?'
amboi amboi aku cepuk kang.dah nak habis baru nak bagi kerusi.
'tak payah la' aku kata.

jual mahal ek?mengada.

secondly,aku dengan insyirah and ainur ( aku tak ingat time tu kuliah apa )
hiris pemadam kecik kecik pastu insyi jentik jentik.kadang kadang kena kat muslimin punya songkok tp mostly kena kat muslimat.memang nak point muslimat pon la.jangan perasan eh.=,=.and sorry :)

thirdly,selepas sekian lama insyirah kehilangan kad pengenalan waktu spm dan dia hanya membawa sehelai kertas yang disahkan oleh pengetua untuk bawa masuk dalam dewan peperikasaan,akhirnya...ic tersebut dijumpai dalam FAIL PQS NORLIYANA SULEIMAN weyh!haha.waktu tu kat dalam dewan kuliah la.memang haru satu dewan kuliah belah muslimat,aku dah separuh menjerit dah.haha.luckily,ada orang control mulut aku time tu.kau kalau kena jeling dengan muslimin baru kau tau.


14) Korang tetibe kena jadi presiden badar or hawa? Amacam… layakkah anda? Pe yang bakal berlaku…

dekat dalam mimpi pon tak pernah.
berangan aptah lagi,banyak benda lain aku nak berangan.
layakkah anda?tidak layak.

15) Berapa kali korang outing dalam sebulan…dengan sape.. or solo? Tempat paling jauh korang pernah gi?

setiap kali diberi outing aku akan outing.selalunya dengan budak dorm,budak kusiss,
paling jauh,balik rumah di ara damansara,jauh la tu.

16) Soalan paling simple…. Pernah fly?


jawapan pon simple.pernah.



17) Ape benda yang korang harap akan jadi.. tapi ianya tak tercapai akal.. and confirm takkan jadinye!

tak kan terjadi dan tak tercapai akal : wujudkan band boleh?orkestra ke?
harap akan terjadi : tak de kot.perfect semuanya.yang kurang kurang tu biasalah.hidup asrama.kalau tak kita tak belajar erti hidup.
kalau tak baik kau duduk hotel je semua benda kau nak!

18)Kalau diberi peluang balik mase form4/form5 apa yang korang nak buat..??

theres no turning back.living that schhol life,examssss?????no wayy !

19)Kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??

tiada arah.lepas ni nak jadi apa ?
haha..tapi sekarang pon tak tau nak jadi apa.


20)soalan last: decribe in one word tentang KISAS{sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..

Sebelum masuk kisas : malas,dah bulan 5 kan.
Semasa masuk kisas : ouh cepat la habes,
Selepas masuk kisas: i wanted to remember the school that taught me a great deal in life,joy,pain,love,hatred,excitement,dissappointments and many more.KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH.




batch muslimat.





okay okay.be fair.
muslimin muslimat.


a zilion thank you to teachers and friends.saya sayang kisas.and that sayang cant describes in words.
sekian skrip jawapan add math saya.



tadi aku start menaip 5 mei.siap siap je dah 1.50 am 6 mei.but it still 5 mei tau.its 5 MAY!






ini bukan diari,tapi naluri.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS